Selamat Datang ke Portal rasmi SMK Tun Ismail

SMK Tun Ismail

Profil dan Sejarah

Profil sekolah

Ditubuhkan pada : 7 Februari 1965

Bil. Pendaftaran : SRJ/1578

Keluasan : 20 ekar

Kategori : luar Bandar

Lokasi : parit raja

Daerah : batu pahat

Mukim : sri Gading

Gred Sekolah : A

Nama asal sekolah : Sek. Men. Rendah kebangsaan parit raja

Nama sekolah kini : sekolah menengah kebangsaan Tun ismail

Alamat sekolah : SMK tun ismail, jalan sekolah, 86400 Parit raja, batu pahat, johor.

Perubahan nama pada : 27 ogos 1968

Dirasmikan pada :16 Februari 1975 (Ahad)

Perasmi : Y.A.B Dato’ Hussein Onn (Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

Mercu Tanda Sekolah : Penulisan Kreatif, Ragbi, Kelab Rekacipta, MPV (membaik pulih pendingin hawa), Nasyid.

******************************************************************************************

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah mula diasaskan pada 7 Februari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Raja. Pada awalnya sekolah ini ditempatkan di bangunan Sekolah Inggeris Malaysia yang terletak di Jalan Mohamad, Parit Raja yang telah dipinjamkan oleh Tuan Hj. Muhamad bin Hj. Nawawi yang ketika itu berkhidmat sebagai Penghulu Mukim 8, Batu Pahat. Sekolah ini diterajui oleh Encik Pitdin bin Norit selaku Penyelia dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Pada 27 Ogos 1968 Sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Tun Ismail bagi mengenang jasa dan pengorbanan Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman

Pada tahun 1965, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan yang mengandungi bilik darjah, pejabat, makmal dan lain-lain, 1 blok kantin serta 2 buah rumah guru. Pada tahun 1967, sebuah padang permainan telah disiapkan. Pada tahun 1969 pula, sebuah makmal sains telah dibina. Seterusnya, bangunan baharu yang terdiri dari bilik darjah, perpustakaan, makmal sains tulen dan bengkel Seni Perusahaan telah dibina pada awal tahun 1974. Mulai tahun 1977 sekolah ini telah mempunyai aliran sastera dan sains serta mempunyai dua sesi persekolahan. Untuk mengatasi masalah tersebut, sebuah lagi bangunan telah dibina pada tahun 1979.

Yang Berhormat DAtuk Mustaffa Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat pada masa itu telah memperuntukkan wang untuk membina surau Al-Naimah yang telah siap pembinaannya pada tahun 1987. Pada tahun 1989 sebuah bangunan yang mengandungi 4 bilik darjah dan sebuah stor telah dibina. Seolah ini juga telah mendapat peruntukan untuk membina kompleks sukan yang telah disiapkan pada tahun 1992. Sekali lagi, Yang Berhormat Datuk Mustaffa telah menyumbangkan sebanyak RM 22,000.00 untuk pembinaan sebuah Dewan Terbuka. Pada tahun 1992, sekolah ini telah mendapat sebuah blok 3 tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah, 3 buah makmal sains, bilik air dan stor. Lebihan peruntukan bangunan tambahan tersebut membolehkan pilah sekolah membina lima belah ruang tempat letak kereta. Selain itu, pihak jabatan juga telah membina sebuah bilik kebal.

Pada tahun 2000, Program Pendidikan Khas (Kelas Penyayang) yang diketuai oleh Tuan Haji Kosnon bin Sunda telah dibuka. Pada tahun 2003 pula, sebanyak 3 buah kelas tingkatan enam telah mula dibuka untuk para pelajar yang berkelayakan. Dewan Tun Ismail dan kemudahan Makmal Komputer Sri Bestari juga telah dirasmikan penggunaannya pada tahun 2004. Pada tahun 2006, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah membiayai pengubahsuaian Kelas Pendidikan Khas. Pada tahun 2006 juga sebuah Teratak Bacaan telah dibiayai pembinaanya oleh koperasi sekolah. Seterusnya, pihak koperasi sekolah juga telah membina sebuah lagi pondok iaitu Anjung Karyawan.

Banjir yang melanda pada awal tahun 2007 ada hikmahnya apabila bengkel Kemahiran Hidup telah dibaik pulih manakala pejabat pentadbiran telah dipindahkan ke tingkat satu blok C. Blok MPV pula siap dibina pada tahun 2009. Mulai awal tahun 2010, pelajar tingkatan enam atas telah ditempatkan di Blok N manakala dua blok kabin untuk menampung keperluan pelajar tingkatan enam juga telah mula digunakan pada akhir tahun 2010. Pada tahun 2010 dan 2011 juga surau Al-Naimah dan Dataran Ilmu telah dinaik taraf untuk kemudahan para pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun ini juga Kelas Penyayang telah memperoleh sebuah bilik tambahan di blok A menjadikannya sebagai 3 buah.